Pages

Khamis, 29 Mac 2012

Kepuasan Yang Teramat

Assalamualaikum....


Hari ni aku puas sgt bila dapat edit aku punye layout blog aku...
Rasa macam nak melompat je, teruja gile...
Thanks 2 "Lynnda Demak" coz bagi tunjuk ajar nak godek2 blog ni...

adoii hai, penuh gelak tawa..macam2 ragam dan karenah kitorang ni...
"Rosnizam Sahar" dok sibuk main YM je...
Ape2 pun aku puas walaupun xcantik tp cute je blog ni...

Lepas ni sikit akan aku terokai blog2 ni...aku ni budak baru belajar erti sebuah blog..
InsyaAllah aku akan update ape2 hal terbaru atau aktiviti aku buat di Bumi Sintok, UUM ni...

Ok, itu saja untuk saat ni..
Bye2 semua...:)

Rabu, 28 Mac 2012

Ahmad Dhani Kesal Tidak Pilih Alyah




KUALA LUMPUR, 26 MAC 2012: Menerusi konsert Mania minggu kedua yang diadakan di Studio 1, Astro Bukit Jalil pada 24 Mac lalu, penyanyi lagu Kisah Hati, Alyah dipilih produser Aubrey Suwito untuk berada di empayarnya.

Bersandarkan keputusan itu, Ahmad Dhani yang sudah mempunyai empat bintang dalam empayarnya mengakui berasa sedikit kecewa sebaik saja tamat siaran langsung minggu kedua Mania.

Ia berikutan, Ahmad Dhani tidak dapat memilih Alyah untuk berada dalam empayarnya.

Bagaimanapun, produser hebat dari Indonesia ini terpaksa akur dengan konsep program yang hanya memberi peluang seorang komposer memilih empat bintang dan seorang lagi bintang yang diserap masuk menerusi undian hot seat.

"Pada malam ini, saya suka dengan persembahan Alyah. Saya sukakan vokal Alyah. Namun, saya tidak bisa untuk memilihnya lagi kerana ruang kosong untuk saya tiada lagi.

"Selepas dua minggu konsert diadakan, minggu lalu saya merasakan persembahan Stacy paling bagus. Untuk minggu ini pula, saya meletakkan persembahan Alyah yang paling bagus. Saya rasa bagus kerana mereka mengikuti peredaran masa muzik.

"Terus-terang, saya merasa sedikit menyesal kerana tidak dapat memilih Alyah. Bagaimanapun, saya akan sunting Alyah untuk projek sebuah album yang melibatkan artis Malaysia dan Indonesia," katanya.

Menjelaskan tentang album itu, Ahmad Dhani memberitahu Stacy antara nama penyanyi dari Malaysia yang telah mengesahkan melibatkan diri.

"Untuk album ini, ada lima orang penyanyi Malaysia yang terlibat. Penyanyi yang sudah sah terlibat adalah Stacy. Dia pun sudah merakamkan lagu untuk album itu.

"Memandangkan saya tidak dapat memilih Alyah, saya akan mempelawa dirinya untuk terlibat dalam album ini. Nama penyanyi lain yang terlibat masih belum sah lagi kerana saya masih lagi mencari.

"Sejujurnya, setakat ini saya masih belum lihat bintang Mania yang mana betul-betul menonjol. Saya masih belum dapat klasifikan lagi," jelasnya.



Ahad, 25 Mac 2012

sM!L3

Senyum adalah satu sedekah, so senyum2 lah....:)


Khamis, 15 Mac 2012

Kisah Hati - Alyah

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya....:)